SALAM RAMADHAN :)









Salam Ramadan.. 

Post yang pertama dari saya, hari ini umat islam telah sampai pada hari-hari terakhir Ramadan, di khabarkan malam Lailatulqadar telah berlalu, tapi itu semua rahsia Tuhan, di harap kita semua dapat merasa kelebihan pada bulan ramadan..


Post pertama saya, saya ingin berbicara melalui jejari mengenai 'Raya Dan Wang'..
Sesuatu perayaan akan lebih meriah sekiranya mempunyai wang atau ongkos berbelanja yang lebih, tapi adakah perihal ini mampu benar memberi makna akan hari raya..


'Tepuk dada tanya Iman'..
jangan jadikan Wang itu menjadi kejadian dunia yang kejam bagi menurut kehendak naluri seorang manusia. Pada dasarnya perayaan Hari Raya adalah suatu perayaan unutk menyambut kemenangan bagi uma Islam setelah sebulan berpuasa

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat. Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan. 

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:
Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.

Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. 


Oleh itu, marilah kita semua meraikan hari raya dengan seadanya..

SELAMAT HARI RAYA...

Penulis : mesintaip ~ Blog yang mengisi masa Lapang = = " ~

Artikel SALAM RAMADHAN :) publish oleh mesintaip pada hari Tuesday 14 August 2012.Semoga Anda mendapat Pengalaman yang baru . Mempunyai 0 mendoakan saya menjadi HEBAT!!.. haha di postingan SALAM RAMADHAN :)
 

0 comments:

Post a Comment

Gua Blog