Final Project

Lepas raya pasti sibuk bagi pelajar semester akhir untuk menyiapkan projek akhir, situasi yang pernah aku lalui sem lepas, sekarang aku sudah habis belajar, syukur aku berjaya.


Pengalaman aku semasa menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar akhir sangat mencabar, terima aksih kepada partner aku dalam projek akhir, bayangkan aku dari "KOSONG" bak kata najwa latif, sehingga boleh la pandai sedikit dalam php. Dari design yang seperti "HAMPEH" sehinggalah elok mata memandang, orang cakap boleh la..


Aku dulu membuat library sistem, projek yang agak sukar, pening dengan permainan coding pada masa, walaupun aku mengambil masa yang lama mahu menyempurnakan tetapi syukur, aku  berjaya lepas "presentation" akhir dengan membawa muka yang SENYUM.. :)


Walaupun dari segi keperluan dan ruang lingkup projek aku tidak besar, tapi aku syukur aku mampu buktikan yang aku mampu lakukan, dari "kosong" dengan mencari sumber internet connection yang agak payah, pening aku pada masa itu.



Sekarang tinggal kenangan, penyelia aku banyak membantu, terima kasih, sekarang aku cuba bekerja di dalam bidang pengaturcaraan.. Mungkin masih bukan minat aku dalam bidang ini, tetapi ini yang aku ada, jadi ini mungki sebagai tapak untuk aku mulakan hidup.


Pada sesiapa yang di dalam projek akhir "situation", teruskan usaha dan ikhlas. Jangan harapkan orang lain, mungkin aku boleh kot tolong sedikit demi sedikit, aku pun pun gempaq sangat cam pencipta FACEBOOK.. haha..


Penulis : mesintaip ~ Blog yang mengisi masa Lapang = = " ~

Artikel Final Project publish oleh mesintaip pada hari Friday 31 August 2012.Semoga Anda mendapat Pengalaman yang baru . Mempunyai 1comments: di postingan Final Project
 

1 comments:

Gua Blog