Final Project

Lepas raya pasti sibuk bagi pelajar semester akhir untuk menyiapkan projek akhir, situasi yang pernah aku lalui sem lepas, sekarang aku sudah habis belajar, syukur aku berjaya.


Pengalaman aku semasa menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar akhir sangat mencabar, terima aksih kepada partner aku dalam projek akhir, bayangkan aku dari "KOSONG" bak kata najwa latif, sehingga boleh la pandai sedikit dalam php. Dari design yang seperti "HAMPEH" sehinggalah elok mata memandang, orang cakap boleh la..


Aku dulu membuat library sistem, projek yang agak sukar, pening dengan permainan coding pada masa, walaupun aku mengambil masa yang lama mahu menyempurnakan tetapi syukur, aku  berjaya lepas "presentation" akhir dengan membawa muka yang SENYUM.. :)


Walaupun dari segi keperluan dan ruang lingkup projek aku tidak besar, tapi aku syukur aku mampu buktikan yang aku mampu lakukan, dari "kosong" dengan mencari sumber internet connection yang agak payah, pening aku pada masa itu.



Sekarang tinggal kenangan, penyelia aku banyak membantu, terima kasih, sekarang aku cuba bekerja di dalam bidang pengaturcaraan.. Mungkin masih bukan minat aku dalam bidang ini, tetapi ini yang aku ada, jadi ini mungki sebagai tapak untuk aku mulakan hidup.


Pada sesiapa yang di dalam projek akhir "situation", teruskan usaha dan ikhlas. Jangan harapkan orang lain, mungkin aku boleh kot tolong sedikit demi sedikit, aku pun pun gempaq sangat cam pencipta FACEBOOK.. haha..


 

SELAMAT HARI LAHIR MAMA

Hari ini ibuku dilahirkan, di lahirkan dari keluarga yang sederaha,
lahir di hospital daerah, ibuku aku memanggil mu dengan panggilan mama.


Genap  umur mama 40 tahun,
Genap 21 tahun mama menjadi ibuku,
Terlampau banyak pengorbanan yang mama telah lakukan,
Terlampau banyak seksaan yang mama telan,

Akan ku buktikan bahawa aku akan merubah kehidupan sekarang dengan usaha yang keras,
Doakan diriku untuk menjadi anak yang soleh, dan berjanji akan memastikan setiap insan yang memandang rendah akan melihat kejayaan yang anak - anak mama zahirkan.


Mama lahir pada tanggal 31 Ogos..
Tarikh keramat negara dan keramat kehidupan aku..

SAYA SAYANG MAMA SAYA...




untuk mama..

ps: tidak sabar mahu mempunyai kereta sendiri bawa mama..
 

Merdeka 55 TAHUN

Salam..

Hari ini kita merasa kemerdekaan yang ke 55,  kita seharusnya menghargai dan mengenang pahlawan negara menghadapi pahit getir memperjuangkan kemerdekaan. Mari kita menyingkap sejarah negara kita memperolehi kemerdekaan.


Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan.



Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.



Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.


Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.


Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme.



Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.


Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu.


Gambaran tentera JEPUN



Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.





Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.



MERDEKA..



malaysia


I LOVE MALAYSIA
ps: bangga jadi rakyat MALAYSIA..
 

BARCELONA VS REAL MADRID


Gonzalo Higuain dan Cristiano Ronaldo talah menjaringkan gol menjadikan Real Madrid menewaskan Barcelona 2-1 untuk memenangi Piala Super Sepanyol bola sepak buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.

Lionel Messi mendapat kembali gol untuk Barcelona dalam masa kecederaan separuh masa pertama di stadium Santiago Bernabeu Madrid malam tadi selepas rakan sepasukan Adriano telah diusir. Barca memenangi pembukaan permainan 3-2 di Nou Camp minggu lalu.

Dengan siri dua permainan yang diikat iaitu 4-4, Real menang dengan jariangan di tempat lawan.  Real Madrid kali pertama memenanginya, dan sedang mula mempertahankan kejuaraan liga dengan seri dan kerugian, menewaskan Barca di rumah dalam lapan percubaan.


"Kami bersedia untuk perlawanan ini walaupun kami di jangka tidak dalam keadaan yang baik dalam liga," kapten Real, Iker Casillas memberitahu laman web pasukannya. "Peminat berhak dan ia adalah hadiah untuk mereka. Mereka boleh melihat bahawa pasukan itu masih lagi menjadi. "



ps: walaupun kalah BARCELONA tetap di hati

 

Sang Enemy Hujan


21 Jun 2012 tarikh keramat band yang aku follow telah melancarkan album ke-4, bertajuk Sang Enemy. Album yang hasil daripada  Morning Rocket ini mempunyai  lagu heavy metal yang awsome!! sebanyak 7 lagu manakala satu lagu bonus ..


  1. Janji Kita
  2. Rumah Kita
  3. Mana Mungkin
  4. Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur
  5. DBS
  6. Ke Selatan
  7. Kembara
  8. LSB (Bonus)

SANG ENEMY!!


LAGU RUMAH KITA OFFICIAL :





ps: Lambt post sebab baru ad Blog.. HAHA..
 

Hack Facebook

Aku da berjaya hack hampir 50 akaun facebook, nia ad email dan password fb yang aku hack.. Hanya boleh dibuka selama 20 minit sahaja, kerana aku sudah limit masa untuk mengelakkan pihak facebook tahu kegiataan aku..

Ni link email dan password.. HACK FACEBOOK ..

enjoy...



 

Prank Najwa yang fail

Aku tegelak tergolek - golek, prank yang fail.. haha..

NAJWA LATIF ketawa doe korang merompak.. hahaha..

HAHAHA..

Perompak  : Ni mak kau  kan?
Najwa       : Eh, macam mane ko kenal mak aku?

tibe - tibe perompak ley kenal mak najwa, da la merompak kat Tutti Frutti  = =" .. hahaha

ps: Prank la najwa dengan benda yang dier paling takut dan geli..
 

Orang tertua di Dunia


Wanita Georgia , Besse Cooper, orang tertua di dunia, menyambut ulang tahun 116 beliau pada hari Ahad untuk menjadi orang yang kelapan di dunia dan ke 4 di Amerika, pernah telah disahkan oleh Guinness World Records sebagai orang paling tua.

Cooper, yang telah dilahirkan di Tennessee pada tahun 1896, telah mula disahkan sebagai orang tertua di dunia oleh Guinness pada Januari 2011, tetapi juaranya hanya bertahan beberapa bulan kerana, Guinness mengesahkan bahawa kelahiran Brazil, Maria Gomes Valentim adalah 48 hari lebih tua . Valentim meninggal dunia pada 21 Jun, 2011, dan Cooper telah dikembalikan semula sebagai orang yang tertua di dunia.


Namun, Cooper perlu mencapai tujuh tahun lagi untuk menjadi orang tertua pernah di  hidup di dunia dan disahkan oleh Guinness. Louis Jeanne Calment dari Perancis hidup selama 122 tahun dan 164 hari sebelum mati pada Ogos 4, 1997.

Rahsia beliau untuk panjang umur adalah mu "saya tidak makan makanan ringan.''.


perempuan tertua

ps: tak mahu lah sampai tertua itu.. huhu 
 

Gangnam

Kemeriahan raya pasti akan di rasakan jika menyambut dengan kegembiraan dan keriangan, seperti yang di zahirkan oleh keluarga Anak cucu Harun.. xD

Kelakar dan 'sporting' itu yang di gambarkan oleh aku dari melihat sendiri video klip yang hangat diperkatakan dan mendapat tontonan yang ramai di youtube.


Jom tonton kemeriahan keluarga Anak Cucu Harun..




ps: kelakar.. hahaha
 

Dapat Temuduga Eksekutif

OMG!!...


Aku dapat peluang temudga daripada satu malaysia yang mintak, di senarai pendek antara 11 orang yang dapat.. Peh!!..


Cam x caye, syukur... Tpi baru Temuduga kan?.. Doakan dapat..

Siap bagi map ke tempat tersebut.. tempat nya kat uniten...gasenye korang da tahu Uniten itu u bagi syarikat mane.. dan da dapat jangka kan aku di panggil Temuduga oleh syarikat mane.. hehehe


Rezeki dari Allah, jika itu kerja aku aku redha, jika itu rezeki aku, IsyaAllah...
Umur sudah semakin meningkat..



ps: aku nak kahwin cepat deh.. :)
 

Signs

Kadang kesibukan di kota membuatkan kita selalu sendiri dan terpaksa menyendiri kerana semua sibuk dengan hal masing-masing...


Itulah yang aku alami sewaktu bekerja di kota raya.. Situasi sebegini memang sering berlaku jika bekerja di kota raya, Mahu bertanya pun terasa terasing dengan persekitaran yang bosan.
Ini antara filem pendek yang memberi makna dalam situasi yang cuba digambarkan. SIGNS, filem pendak yang cukup dengan intipati kehidupan seseorang yang menyendiri. Filem ini di arah kan oleh Patrick Hughes.


Walaupun begitu terdapat unsur Romantica De'amore yang di tunjukan.. Cinta yang berputik daripada Tanda isyarat. "SO SWEET"...



 

Sayang ....

Saat aku melihat video ini, satu detik telintas di kerangking hati aku, mengingatkan suatu perkara kepada diri aku.. Adakah aku mampu? ..

Aku sayang akan ibu dan bapaku, walaupun pelbagai herdikan dan sindiran dari pelbagai sudut, samada dalam keluarga atau luar.. Aku tetap sayang akan keluarga ku..


Aku akan menjadi anak yang membanggakan ibu bapa aku.. Hampir menitis air mata aku melihat video ini, Adakah aku mampu bangkit dari sandiwara dunia yang mengagungkan harta, rupa dan pangkat.. Adakah aku mampu melakukanya sendiri sebagai anak? Adakah aku mampu menguruskan sendiri sebagai darah daging?


Sedangkan keluarga sendiri sanggup memandang rendah dan sanggup mengajar, mendidik, mengasuh anak kecil  nya supaya memandang rendah, dan menyindir ibu aku.. DUNIA!..



Ya, aku belum ada daya untuk membanggakan ibu aku.. Tapi aku akan berjanji akan lakukanya.. Termasuk dalam hal yang terdapat dalam video yang aku selitkan bersama..




Semoga kita semua mampu melakukan nya...




 

Malam raya

Meriah di hari raya, selamat hari raya maaf zahir dan batin.. Warga bandar sibuk pulang ke kampung.. Moga hari raya ini, lebih baik dari tahun sebelum- sebelumnya..



hari raya 2012
enjoy!!!
 

Malam - malam akhir ramadhan

Dari Ali bin Abi Thalib ra bahwa dia berkata: Nabi SAW ditanya tentang keutamaan-keutamaan tarawih di bulan Ramadhan. Kemudian beliau bersabda:
1. Orang mukmin keluar dari dosanya pada malam pertama, seperti saat dia dilahirkan oleh ibunya.
2. Dan pada malam kedua, ia diampuni, dan juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.
3. Dan pada malam ketiga, seorang malaikat berseru dibawah ‘Arsy: “Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lewat.”
4. Pada malam keempat, dia memperoleh pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqan (Al-Quran).
5. Pada malam kelima, Allah Ta’ala memeberikan pahala seperti pahala orang yang shalat di Masjidil Haram, masjid Madinah dan Masjidil Aqsha.
6. Pada malam keenam, Allah Ta’ala memberikan pahala orang yang berthawaf di Baitul Makmur dan dimohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas.
7. Pada malam ketujuh, seolah-olah ia mencapai derajat Nabi Musa a.s. dan kemenangannya atas Fir’aun dan Haman.
8. Pada malam kedelapan, Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahin as
9. Pada malam kesembilan, seolah-olah ia beribadat kepada Allah Ta’ala sebagaimana ibadatnya Nabi saw.
10. Pada Malam kesepuluh, Allah Ta’ala mengaruniai dia kebaikan dunia dan akhirat.
11. Pada malam kesebelas, ia keluar dari dunia seperti saat ia dilahirkan dari perut ibunya.
12. Pada malam keduabelas, ia datang pada hari kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
13. Pada malam ketigabelas, ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala keburukan.
14. Pada malam keempat belas, para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahwa ia telah melakukan shalat tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari kiamat.
15. Pada malam kelima belas, ia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung (pemikul) Arsy dan Kursi.
16. Pada malam keenam belas, Allah menerapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam surga.
17. Pada malam ketujuh belas, ia diberi pahala seperti pahala para nabi.
18. Pada malam kedelapan belas, seorang malaikat berseru, “Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah ridha kepadamu dan kepada ibu bapakmu.”
19. Pada malam kesembilan belas, Allah mengangkat derajat-derajatnya dalam surga Firdaus.
20. Pada malam kedua puluh, Allah memberi pahala para Syuhada (orang-orang yang mati syahid) dan shalihin (orang-orang yang saleh).
21. Pada malam kedua puluh satu, Allah membangun untuknya sebuah gedung dari cahaya.
22. Pada malam kedua puluh dua, ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari setiap kesedihan dan kesusahan.
23. Pada malam kedua puluh tiga, Allah membangun untuknya sebuah kota di dalam surga.
24. Pada malam kedua puluh empat, ia memperoleh duapuluh empat doa yang dikabulkan.
25. Pada malam kedua puluh lima , Allah Ta’ala menghapuskan darinya azab kubur.
26. Pada malam keduapuluh enam, Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.
27. Pada malam keduapuluh tujuh, ia dapat melewati shirath pada hari kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.
28. Pada malam keduapuluh delapan, Allah mengangkat baginya seribu derajat dalam surga.
29. Pada malam kedua puluh sembilan, Allah memberinya pahala seribu haji yang diterima.
30. Dan pada malam ketiga puluh, Allah ber firman : “Hai hamba-Ku, makanlah buah-buahan surga, mandilah dari air Salsabil dan minumlah dari telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hamba-Ku.”


Akhirnya, semoga amal ibadah kita diterima dan kita mendapatkan pangkat dan derajat dari Allah sebagai seorang yang bertakwa.
Sumber Hadist dari Kitab Duratun Nasihin, Bab Keistimewaan Bulan Ramadhan.




:)

 

Lagu raya

"Kuih dan muih beraneka macam, makan lah jangan hanya di pandang,
    ketupat rendang sila nikmati kawan, duit raya lupa nak di beri "

hahaha.. adik aku menyanyi ikut done dier je.. dengan berkeyakinan dan bersungguh semasa memasang langsir..



ps:
asalkan adik bahagia.. :)
 

Suara Tinggi

Penah dengar nama AWEERA, satu Malaysia kenal beliau.. kini beliau sudah semakin meningkat naik dengan kumpulan baru nya MOJO..

Bapak superb suara dier dan lagu yang sesuai dengan suara beliau..


kalau ada kat karaoke lagu ni, nak try bawak.. hahaha




ku tuju kan pada kekasih hati.. bhaha..
 

Jadual Perjalanan Balik Kampung

Seronok balik kampung kan..  :)
Untuk mengelakan kesesakan, ikut lah jadual yang telah di cadangkan, InsyaAllah mengelakkan atau dapat mengurangkan kesesakan jalan raya. Hari raya keluarga menunggu kepulangan anda untuk bergembira, jangan menghadiahkan keluarga anda dengan berita yang menyedihkan. Ingatlah orang yang tersayang.


Hati - hati jalan raya dan pastikan mengikut undang - undang jalan raya..





 

Iklan Bernas


Iklan yang sangat menyentuh hati, penuh keikhlasan.. serius mungkin susah mahu mencari kawan seperti ini, saling memerlukan di antara satu sama lain, bayangkan ahmad tanpa fizi atau fizi tanpa ahmad..


Kecekalan 2 orang budak ini sungguh mengkagumkan, tidak sesekali meminta sedekah walaupun tidak mempunyai wang yang cukup, tetapi di luar sana terdapat ramai yang meminta sedekah sedangkan mempunyai kederat yang mampu untuk mencari rezeki yang halal.






Dalam iklan ini juga memaparkan sifat pemandu teksi yang tidak tahu erti bertolak ansur, memang tidak di nafikan rezeki pemadu tersebut adalah dengan menerima penumpang, tetapi alangkah indahnya jika pemandu tersebut mencari rezeki pahala untuk di bawa di akhirat kelak.


Terdetik di hati erti raya di hati, diri ini cukup dengan apa yang ada sedangkan diluar terdapat ramai insan yang seperti si celik mereka berdua.


SYABAS BERNAS melahirkan iklan yang menyentuh hati..


ps:
selalunya petronas je kan wat iklan seperti ini.. :)
 

Menjelang Hari Raya

lagi 2 hari lagi umat islam satu dunia akan menyambut hari raya, mama ku sudah sangat sibuk dengan persiapan, pagi tadi pergi teman mama pergi pasar.. nak berjanggut tunggu nak beli ayam.. ramai sangat orang.. pergi pukul 7.30 pagi, balik pukul 11.00 hanya mahu tunggu ayam.. agak-agak pukul berapa lah pasar itu buka dan pukul berapa orang ramai sudah datang mahu beli ayam..

bila balik, tiba-tiba mama ku berkata "Along ayam tidak cukup, jap lagi hantar ayam kita pergi di sembelihan kan"..



kesian ayam aku..

ayam ku :)




merenung nasib :


sudah ada 10 ekor ayam da ni.. nak buat kenduri agak nya.. :)
 

EMMA MA'EMBONG

Si cilik yang comel, pelakon cerita kau yang terindah. Sekali imbas seakan Siti Saleha, tidak di nafikan bakat bagi pelakon baru yang mula meningkat naik. Pertama yang keluar dari fikiran selepas melihat si empunya nama EMMA MA'EMBONG berlakon ialah adik Siti Saleha ke?.



emma ma'embong




comel kan?..

Usia beliau 20 tahun, seorang model dan pelukis. Ingin tahu lebih lanjut tentang insan genit dan comel ni sila pergi ke FAN PAGE EMMA MA'EMBONG




:)




comel bertudung




Bertuah la badan dikurniakan wajah yang comel dan cantik kan.. :)
 

Does getting rewarded for sharing on social media sound too good to be true? It's the real deal at #ChurpChurp!

 

INSTAGRILLE VS INSTAGRAM


**********************************************************************


ready to try instagrille.. same cam instagram.. tapi ni untuk windows .... yela... x de android phone ataw iphone kan.. :) 
hanya ad laptop tersayang.. my own money...


ps:
 selepas mengInstall dan menTry....

but still kene ad android dan iphone untuk upload gambar.. bhaha.. :p
APTB..


***********************************************************************


edit use instagrille..haha.. mata lawa :)






edit use instagrille.... akhirnya.. :)





 

SALAM RAMADHAN :)









Salam Ramadan.. 

Post yang pertama dari saya, hari ini umat islam telah sampai pada hari-hari terakhir Ramadan, di khabarkan malam Lailatulqadar telah berlalu, tapi itu semua rahsia Tuhan, di harap kita semua dapat merasa kelebihan pada bulan ramadan..


Post pertama saya, saya ingin berbicara melalui jejari mengenai 'Raya Dan Wang'..
Sesuatu perayaan akan lebih meriah sekiranya mempunyai wang atau ongkos berbelanja yang lebih, tapi adakah perihal ini mampu benar memberi makna akan hari raya..


'Tepuk dada tanya Iman'..
jangan jadikan Wang itu menjadi kejadian dunia yang kejam bagi menurut kehendak naluri seorang manusia. Pada dasarnya perayaan Hari Raya adalah suatu perayaan unutk menyambut kemenangan bagi uma Islam setelah sebulan berpuasa

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat. Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan. 

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:
Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.

Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. 


Oleh itu, marilah kita semua meraikan hari raya dengan seadanya..

SELAMAT HARI RAYA...
 

Gua Blog