pensil-aku.blogspot

Final Project

Lepas raya pasti sibuk bagi pelajar semester akhir untuk menyiapkan projek akhir, situasi yang pernah aku lalui sem lepas, sekarang aku sudah habis belajar, syukur aku berjaya.


Pengalaman aku semasa menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar akhir sangat mencabar, terima aksih kepada partner aku dalam projek akhir, bayangkan aku dari "KOSONG" bak kata najwa latif, sehingga boleh la pandai sedikit dalam php. Dari design yang seperti "HAMPEH" sehinggalah elok mata memandang, orang cakap boleh la..


Aku dulu membuat library sistem, projek yang agak sukar, pening dengan permainan coding pada masa, walaupun aku mengambil masa yang lama mahu menyempurnakan tetapi syukur, aku  berjaya lepas "presentation" akhir dengan membawa muka yang SENYUM.. :)


Walaupun dari segi keperluan dan ruang lingkup projek aku tidak besar, tapi aku syukur aku mampu buktikan yang aku mampu lakukan, dari "kosong" dengan mencari sumber internet connection yang agak payah, pening aku pada masa itu.



Sekarang tinggal kenangan, penyelia aku banyak membantu, terima kasih, sekarang aku cuba bekerja di dalam bidang pengaturcaraan.. Mungkin masih bukan minat aku dalam bidang ini, tetapi ini yang aku ada, jadi ini mungki sebagai tapak untuk aku mulakan hidup.


Pada sesiapa yang di dalam projek akhir "situation", teruskan usaha dan ikhlas. Jangan harapkan orang lain, mungkin aku boleh kot tolong sedikit demi sedikit, aku pun pun gempaq sangat cam pencipta FACEBOOK.. haha..


READMORE
 

SELAMAT HARI LAHIR MAMA

Hari ini ibuku dilahirkan, di lahirkan dari keluarga yang sederaha,
lahir di hospital daerah, ibuku aku memanggil mu dengan panggilan mama.


Genap  umur mama 40 tahun,
Genap 21 tahun mama menjadi ibuku,
Terlampau banyak pengorbanan yang mama telah lakukan,
Terlampau banyak seksaan yang mama telan,

Akan ku buktikan bahawa aku akan merubah kehidupan sekarang dengan usaha yang keras,
Doakan diriku untuk menjadi anak yang soleh, dan berjanji akan memastikan setiap insan yang memandang rendah akan melihat kejayaan yang anak - anak mama zahirkan.


Mama lahir pada tanggal 31 Ogos..
Tarikh keramat negara dan keramat kehidupan aku..

SAYA SAYANG MAMA SAYA...




untuk mama..

ps: tidak sabar mahu mempunyai kereta sendiri bawa mama..
READMORE
 

Merdeka 55 TAHUN

Salam..

Hari ini kita merasa kemerdekaan yang ke 55,  kita seharusnya menghargai dan mengenang pahlawan negara menghadapi pahit getir memperjuangkan kemerdekaan. Mari kita menyingkap sejarah negara kita memperolehi kemerdekaan.


Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan.



Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.



Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.


Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.


Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme.



Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.


Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu.


Gambaran tentera JEPUN



Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.





Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.



MERDEKA..



malaysia


I LOVE MALAYSIA
ps: bangga jadi rakyat MALAYSIA..
READMORE
 

BARCELONA VS REAL MADRID


Gonzalo Higuain dan Cristiano Ronaldo talah menjaringkan gol menjadikan Real Madrid menewaskan Barcelona 2-1 untuk memenangi Piala Super Sepanyol bola sepak buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.

Lionel Messi mendapat kembali gol untuk Barcelona dalam masa kecederaan separuh masa pertama di stadium Santiago Bernabeu Madrid malam tadi selepas rakan sepasukan Adriano telah diusir. Barca memenangi pembukaan permainan 3-2 di Nou Camp minggu lalu.

Dengan siri dua permainan yang diikat iaitu 4-4, Real menang dengan jariangan di tempat lawan.  Real Madrid kali pertama memenanginya, dan sedang mula mempertahankan kejuaraan liga dengan seri dan kerugian, menewaskan Barca di rumah dalam lapan percubaan.


"Kami bersedia untuk perlawanan ini walaupun kami di jangka tidak dalam keadaan yang baik dalam liga," kapten Real, Iker Casillas memberitahu laman web pasukannya. "Peminat berhak dan ia adalah hadiah untuk mereka. Mereka boleh melihat bahawa pasukan itu masih lagi menjadi. "



ps: walaupun kalah BARCELONA tetap di hati

READMORE
 

Sang Enemy Hujan


21 Jun 2012 tarikh keramat band yang aku follow telah melancarkan album ke-4, bertajuk Sang Enemy. Album yang hasil daripada  Morning Rocket ini mempunyai  lagu heavy metal yang awsome!! sebanyak 7 lagu manakala satu lagu bonus ..


  1. Janji Kita
  2. Rumah Kita
  3. Mana Mungkin
  4. Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur
  5. DBS
  6. Ke Selatan
  7. Kembara
  8. LSB (Bonus)

SANG ENEMY!!


LAGU RUMAH KITA OFFICIAL :





ps: Lambt post sebab baru ad Blog.. HAHA..
READMORE
 

Hack Facebook

Aku da berjaya hack hampir 50 akaun facebook, nia ad email dan password fb yang aku hack.. Hanya boleh dibuka selama 20 minit sahaja, kerana aku sudah limit masa untuk mengelakkan pihak facebook tahu kegiataan aku..

Ni link email dan password.. HACK FACEBOOK ..

enjoy...



READMORE
 

Prank Najwa yang fail

Aku tegelak tergolek - golek, prank yang fail.. haha..

NAJWA LATIF ketawa doe korang merompak.. hahaha..

HAHAHA..

Perompak  : Ni mak kau  kan?
Najwa       : Eh, macam mane ko kenal mak aku?

tibe - tibe perompak ley kenal mak najwa, da la merompak kat Tutti Frutti  = =" .. hahaha

ps: Prank la najwa dengan benda yang dier paling takut dan geli..
READMORE
 

Gua Blog