Iklan Bernas


Iklan yang sangat menyentuh hati, penuh keikhlasan.. serius mungkin susah mahu mencari kawan seperti ini, saling memerlukan di antara satu sama lain, bayangkan ahmad tanpa fizi atau fizi tanpa ahmad..


Kecekalan 2 orang budak ini sungguh mengkagumkan, tidak sesekali meminta sedekah walaupun tidak mempunyai wang yang cukup, tetapi di luar sana terdapat ramai yang meminta sedekah sedangkan mempunyai kederat yang mampu untuk mencari rezeki yang halal.






Dalam iklan ini juga memaparkan sifat pemandu teksi yang tidak tahu erti bertolak ansur, memang tidak di nafikan rezeki pemadu tersebut adalah dengan menerima penumpang, tetapi alangkah indahnya jika pemandu tersebut mencari rezeki pahala untuk di bawa di akhirat kelak.


Terdetik di hati erti raya di hati, diri ini cukup dengan apa yang ada sedangkan diluar terdapat ramai insan yang seperti si celik mereka berdua.


SYABAS BERNAS melahirkan iklan yang menyentuh hati..


ps:
selalunya petronas je kan wat iklan seperti ini.. :)

Penulis : mesintaip ~ Blog yang mengisi masa Lapang = = " ~

Artikel Iklan Bernas publish oleh mesintaip pada hari Friday 17 August 2012.Semoga Anda mendapat Pengalaman yang baru . Mempunyai 0 mendoakan saya menjadi HEBAT!!.. haha di postingan Iklan Bernas
 

0 comments:

Post a Comment

Gua Blog